Program
Kembara Ilmu 6
21 April dan 22 April 2016
(Khamis dan Jumaat)
Jangka masa : 2 hari 1 malam
Tahun ini program Kembara Ilmu 6 akan di adakan di SK Mendum ,
Lenggeng, Negeri Sembilan.
Aktiviti yang akan dijalankan ini melibatkan pelajar tahun enam SK
Mendum , Lenggeng, Negeri Sembilan dengan pelajar SMK King George V. Para pelajar SMK King
George V yang terpilih dari tingkatan
empat dan lima ini akan melaksanakan perkongsian pintar melalui aktiviti pembacaan kreatif,
aktiviti-aktiviti mencabar minda, , berkongsi pengalaman, perkongsian cara
menangani stress, cara melihat matlamat diri diluar kotak dan memberi galakan
serta motivasi bersama pelajar darjah enam yang akan menduduki peperiksaan
UPSR. Selain dari itu, pelajar-pelajar SMK King George V juga akan di dedahkan dengan budaya masyarakat setempat
di Lenggeng, Negeri Sembilan. Pelajar akan dibawa melawat masyarakat setempat,
belajar membuat bakul rotan, dibahagikan
kepada keluarga angkat masing masing dan menyelami budaya serta cara hidup masyarakat di Kg Ulu
Branang.
OBJEKTIF
2.1 Menggalakkan
budaya membaca dalam kalangan pelajar luar bandar
2.2 Meningkatkan
kemahiran komunikasi dalam kalangan peserta program
bersama masyarakat
2.3 Mengasah
bakat kepimpinan dalam kalangan peserta program
2.4 Memperkasakan
program Rakan Pembaca
2.5 Pelajar dapat memperoleh pengalaman
daripada program keluarga angkat
No comments:
Post a Comment