Pages

Dari Meja GPM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera untuk semua



Perubahan dan penambahbaikan dalam dasar pendidikan negara seperti pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan sarana sekolah yang menjadi inti pati pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 menuntut warga pendidikan berfikir di luar kotak, serta mengaplikasikan strategi lautan biru supaya terus berdaya saing dan dihormati. 'Selangkah ke perpustakaan, sejuta pengetahuan' bertujuan memupuk minat dan budaya membaca di kalangan semua warga sekolah bagi melahirkan warga dan masyarakat sekolah yang menyedari kepentingan ilmu ke arah melahirkan bangsa berjaya. Bersesuaian dengan kemajuan teknologi, PSS menyediakan kemudahan Chrome book untuk warga KGV memanfaatkan pelbagai aplikasi atas talian terutama FROG-VLE bagi melicinkan pengurusan sekolah dan talian terus melangkah kearah kecemerlangan. Ini bersesuaian dengan objektif NILAM INTERIM yang  diperkenalkan

Saya berharap agar warga SMK KGV Marilah bersama-sama kita berganding bahu kearah kecemerlangan PSS  demi memacu pendidikan di SMK KGV ke persada kecemerlangan yang dihajati.





FIKIRKAN SEJENAK.... "Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."
Sekian.


PUAN AZLEEN BT MAT HUSSIN
Guru perpustakaan dan media
SMK KGV

No comments: