Pages

KEMBARA ILMU 5




Program Kembara Ilmu 5  2015
SK Kedai Tanjong,
Pasir Mas Kelantan
10 Mac - 12 Mac 2015
Selasa hingga Khamis

3 hari 2 malam

Program Kembara Ilmu ialah satu program yang berkonsepkan memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar. Aktiviti yang dijalankan dalam program ini menjurus kepada pencarian maklumat yang memerlukan pelajar membuat rujukan sama ada secara primer atau sekunder.

 
Program Kembara Ilmu 5 diteruskan di negeri Kelantan iaitu di SK Kedai Tanjong dimana tahun  ini berlangsung selama tiga  hari  dari 10 hingga 12 Mac 2015.

Aktiviti yang akan dijalankan ini melibatkan pelajar tahun enam SK Kedai Tanjong, Pasir Mas Kelantan  dengan pelajar  SMK King George V. Para pelajar SMK King George V  yang terpilih dari tingkatan dua,tiga,empat dan lima ini  menjalankan aktiviti membaca, aktiviti-aktiviti mencabar minda, , berkongsi pengalaman dan memberi galakan serta motivasi bersama pelajar darjah enam yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Selain dari itu, pelajar-pelajar  SMK King George V  juga  didedahkan dengan aktiviti keusahawanan masyarakat setempat (perusahaan serunding daging Kg. Laut, Kota bharu)  dan diperkenalkan dengan  budaya masyarakat tempatan dengan melawat ke pusat perniagaan kecil-kecilan masyarakat setempat.

 

 OBJEKTIF

 

            2.1       Menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar luar bandar

            2.2       Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan peserta program bersama

                        masyarakat luar bandar

            2.3       Mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan peserta program

            2.4       Memperkasakan program Rakan Pembaca

           

 KUMPULAN SASARAN

 

3.1       12 orang pelajar tingkatan lima yang mempunyai rekod bacaan Nilam yang baik                   dan berketrampilan.

            3.2       12 orang pelajar tingkatan empat

            3.3       6 orang pelajar tingkatan tiga






















































 

          

 

No comments: